Tuesday, February 17, 2009

secukup rasa

bila ku lihat mu kali pertama
nyenyak dibuai lena
aku tidak keseorangan lagi
akhirnya ada yang menemani
memang kita berbeza
namun itu bukan halangannya
berkongsi kisah, impian, teladan
tubuh mu sarat kehidupan

kata-kata mu menyenangkan
tulus, telus, tiada sempadan
bohong andai ku kata ku tak berhutang
dengan mu budi, persahabatan, kasih-sayang
kau mungkin lain
tapi kau tetap ingat kau muslimin
kau tak pernah lupa
mengingatkan ku kau juga manusia

uji datang, bertentang rasa
berakarkan khilaf dek kurang peka
tiada kata didagang
hanya kemarahan lantang
sukar bertentang mata
bersua muka kerana terpaksa
maya jadi medan
menguji kesabaran, menagih kefahaman

tapi tiada benda yag kekal
kerana kau cekal
melayan kejengkelan berupa aku
penuh ragu, keliru, cemburu
kita menjernih semula
menjaga yang telah dibina
kau matang, adil menimbang
gagah mereda yang tegang

bakat mu besar
rugilah mereka yang tidak sedar
walau diri mu disalah erti
teman-teman mu setia di sisi
bergegas bagi mu sampah
tiada salah bercanggah
ambil masa, ada cara
berselisih mengembang minda

kau penuh cinta
halus tapi kaya rasa
nampak apa yang tidak
sedar apa yang bergolak
cepat belajar, pantas menangkap
berwibawa, mulia sikap
insani mu melimpah
tetap melangkah gagah

kau pergi takkan lama
sampai masa kan kembali jua
carilah impian mu
rayakan dengan suara merdu
kau tahu kau bijaksana
akal diregang sepenuhnya
doa kan makbul
keagungan menyusul

ku bangga mengenali mu
ada sebab kita dipertemu
kau secukup rasa
serba-serbi sempurna
aku takkan lupa
kau istimewa
senandung, gitar, semuanya
terpahat di hati sentiasa

gelang itu bukan bulat

usia bukan ukuran pengalaman
hakikat berleluasa penyelewengan
jelas bukan mencari aman
walau benihnya berserakan
dia tahu kuasa perubahan
namun dia lupa nilai pengorbanan
pahit itu ketentuan
melawan kemudaratan

genetik setiapnya termuat peringatan
memungkinkan yang dimustahilkan
perlakuan diturun
kan meresap jika dituntun
kan gugur andai ditegur
tabiat dibawa bersama ke kubur
kekurangannya Tuhan tak sekat
gelang itu bukan bulat

mungkin hanya dia yang layak
menjadi dirinya di khalayak
penat melumur emosi
andai indah dapat berlari
bukan bahannya, bukan kecantikannya
yang memakan diri kejahilannya
teruskan berfikir satu hala
gelang itu bukan milik mu saja

masanya kan tiba

dari mulut ke telinga
tak diperinci, dianalisa
diplomasi mati
malas diendah lagi
walau aku pergi
jangan diingati

jalan keluar mu tinggalkan
lari kan akhirnya ketemuan
dilupa kan jengah semula
sudah ku cipta kakinya
apa yang kau ada sekarang
aku yang memberi hutang

jatuh

saat dia melafaz perkenan
dia sudah jatuh
mungkin didorong kemahuan
memuas dambaan
tiada sekilas pun sayang
walau bayang-bayang

saat dia menindih badan
dia sudah jatuh
jauh dari leset sangkanya
selepas ini pula apa
tiada getah bisa memadam
keterujaan yang mendalam

saat dia menolak kebiasaan
dia sudah jatuh
maruah apa yang tinggal
hukum-hakam dibedal
jangan sekali berlagak wali
andai gersang dirodok jari

saat dia dimakan pengajaran
dia sudah jatuh
mukanya tebal tak tahu malu
walau handal mencorak tuju
setiap pembelian ada bayaran
ingkar kan dinanti hukuman

saat dia ditinggalkan
dia sudah jatuh
tolehlah ke belakang
kelihatan hanya jalan panjang
letaknya titik mula
sempatkah kembali bersua

Wednesday, February 11, 2009

kenapa OMG

katanya harapan jual mahal kala kecewa
tegal payah untuknya bangun semula
kadangkala bukan salah sesiapa
namun menyalahkan nampak sempurna
dia lupa dia lupa dia lupa
mengingat orang yang mengingatkannya
walau selama ini dia membazir tenaga
doanya ditahan - mengapa

enak itu dugaan
nikmat untuk mengingatkan
memang ilham pencetus kejayaan
pendorong untuk ke depan
jangan dinafi tidak ketahuan
ianya hanya pinjaman
seseorang menanti bayaran
supaya bisa memberi imbalan

naik turun perasaan
penguji kesabaran
dibingkis kemarahan
dibalas kerugian
dihantar keredhaan
kan dibayar ganjaran
rumitnya kehidupan
walau baru nampak dari pandangan

apa itu rasa
lebih dari pancaindera
bukankah bersyukur diberi nyawa
guna menyambung dosa
adil bukan hanya kata
perlaksanaan datang dari kepala
jika itu fikirannya
mengapa berselindung muka

pusing satu dunia
tanggapan kekal di takuk lama
akal silalah guna
kaya bukan mulia
bijak sama saja dengan rupa
kan lenyap kala alpa
enjoying life - katanya
keplastikan sangat ketara

antara impian dengan kenyataan
digantung angan-angan
menitah bukan kaca kekuasaan
beralah takkan mencermin kefahaman
menyalah memang memudahkan
taksub menguji kesetiaan
dilangkah lubang jawapan
menyembunyi kekurangan

Oh, My God! - apa gunanya
mengingati atau sekadar ujar semata
bentuk halus anathema
bijak! - siapa menyangka
jangan perdagang percaya
atas nama hampa
mungkin mudah memutih cela
parutnya kan tetap nyata

mengutip kaca ada pengajaran
setiap butir punya kewujudan
berderai bukan bermakna pengakhiran
setiap kehilangan melahir permulaan
jangan lupa Tuhan
lafaz OMG suntiklah keikhlasan
mungkin vogue bagi kebanyakan
namun bagi ku itu kelemahan

guna kejengkelan memenuh ruang
setiap lapisan ragu bergoncang
rekah terang-terang
garis akhir dinafi menghilang
kenapa OMG - tanya seorang
guna menyerang - sahut si gampang
titah walaupun lantang
hanya di telinga ku terngiang-ngiang

Tuesday, February 10, 2009

walaupun bisa disambung semula

setiapnya ada kelemahan
tak daya bersaing perkasa Tuhan
melangit egonya bak Olympus Mons
setara teman-teman karibnya - the morons
penggerak hidupnya teknologi
slogan dilaung - semuanya di hujung jari

mukadimah dan finale sama sahaja
telefon bimbit saksi perjalanan rasa
aku ringkas walau emosional
dia kejam walau rasional
sabar beradu hingga parah
nafsu bersantap deras aliran darah

andai aku buka mata
buka hati buka minda
dia tetap sama
dia tetap dirinya
takkan pernah dia lupa
untuk tak jadi selain dia

andai kata kekal hingga kini
takkan terkejar kakinya berlari
mencapai kenikmatan
yang disorok sisi jahat keyakinan
the morons ada akal
cuma terkadang bebal

andai bisa diputar masa
walaupun bisa disambung semula
hidupnya kan ke depan
merentas walau tak berjambatan
aku kan tetap di sini
melihatnya terus meyatakan mimpi

U itu bukan serkup

sengaja kaki bergoyang
mencetus kenangan di ranjang
dia berdengus
bosan tak tertebus
jangan risau
aku tak meracau
semuanya baik saja
halal belaka

dia tidak selesa
walau bengkok fitrahnya
mungkin perlu menjaga status
bak ketua kultus
di balik tabir lagak binatang
di depan pula ketara bertentang
aku tak bertamadun
bisa meracun

kerana akrab aku berkongsi
bukan semuanya tentang dia, tapi isi hati
gasaklah kalau lucah
jangan nanti mati sesal tak sudah
ku sedar U bukan serkup
tontonan umum bagi yang masih hidup
habis lagak mu apa cerita
menunai tuntutan syurga

goyang ku takkan berhenti
perjalanan akal ku catur sendiri
buatlah apa bunyi pun
aku takkan diampun
walau puas meyakin
kau lebih dulu mentalkin
semuanya celaru di mata mu
kan meletup tinggal debu

rasa kau saja diambil kira
macamlah kau sempurna
tinggi duduk mu cuma sementara
dipuja selagi tak diundang neraka
nafsu mu sepenting oksigen
serasi paras mu yang menggoda bak hadiah beriben
jangan bicara tentang adab
jika laku mu tak ubah arnab

kawal cemburu
walau kau betul selalu
aku tahu batas khalayak
berbanding mereka yang setengah masak
U tetap U, bukan U Mobile, tak pernah berubah
mereka punya pilihan, berlalu atau bermoda Cik Kiah
jaga saja tepi kain mu
belah setinggi peha, kaki berbulu

terang bintang

segalanya seperti yang dia mahu
hasil perangkaan semenjak dulu
bintangnya terang
taruhannya menang
leka dia menari merai
insaninya membunuh diri
ugut gertak mainannya
bijak diselindungi luruh rasa

segalanya seperti manis madu
ajinomotonya diam membatu
bintangnya terang
terima kasih ilmu mengarang
lada jadi tawar
pudina hilang segar
entah iya atau sebaliknya
rumit andai tak merangsang mata

segalanya seperti sebuah tugu
dilarang melanggar mencipta baru
bintangnya terang
sinarnya kan gemilang
apa pentingnya malap
bukti bisa dilap
teruskan temasya
aku rela gila

tanduk zamrudnya ke Uranus

apa dosa kucing
bukannya ia makhluk asing
menunggu ia bertanduk
ia dulu kan mengajak bertumbuk
mengapa tak ditunggu sebaliknya
tumbuh di atas kepala manusia
oh, khuatir nanti persis iblis
dicerca masyarakat tak habis-habis

dalam banyak dipilih zamrud
puas ditanya apa maksud
apa kurang permata yang lain
bukannya luluh ditiup angin
dicita tanduk kucingnya begitu
kucing berkata..."aku tak setuju
baik aku dianugerah sayap
boleh aku terbang sekejap!"

tak boleh tak boleh tak boleh
jangan pulak terhegeh-hegeh
babi yang dapat semua itu
ganjaran ia disebut selalu
waktu marah, waktu geram, waktu biadap
"babi!" all the time tak reti shut up
babi-babi punya misi
meneroka galaksi

galaksi itu nasi tambah saja
Uranus destinasi mereka
menghukum mereka yang rasa bagus
berpuasa konon berlagak kudus
masuk cepat-cepat, babi-babi
kibas sayap kalian jangan berhenti
selagi Uranus takkan berdarah
planet lain takkan endah

waiting for the cats to grow emerald horns
walau absurd tetap ada response
and pigs to fly to Uranus
to discover one's mental fitness
apa kaitan minda dan bontot
sepantas kilat mata menyorot
sesetengah orang akalnya ke bawah
khuatir dijumpai, dikemut kawah

persalinan merah darah kotor

dibeli kerana warnanya
niat mahu menghadiahi insan istimewa
namun kata tinggal kata
kasar realiti jua menguasa
kemas berlipat di dalam kotak
murah bukan, mahal pun tidak
hanya ku tahu di mana letak
siapa neutral siapa berpihak

ada dua pasang
niat mahu menghadiahi insan tersayang
namun rancang tinggal tancang
kuasa Tuhan tak bisa dihalang
dicari pemilik baru
jumpa keduanya, seorang memerlu
diberi tanpa ragu
kerna dia layak dibuat begitu

bila ia bertukar tangan
niat mahu menghadiahi insan berkelayakan
namun nampak sisi bertentangan
bagus juga dihulurkan
sama buruk perangai seorang-seorang
sudahlah pula satu kumpulan
makan, gambar, main besi, liburan
hadirkah nanti semua saat dikapan

sepasang lagi rapi disimpan
niat mahu menghadiahi insan di kejauhan
namun dia minta perlahan
OK - ku belikan untuknya kemudian
rancangan mahu dipakai sendiri
yang tuan punya tak sudi
merah darah kotor warna diberi
kacak digaya insan keji

meneroka baju merah jambu

ku lihat dia Ogos lepas
susuknya besar berdarah panas
petahnya tiada noktah
motormouth - ku simpul mudah
kelihatan dia seksi
sorot matanya sarat ekspresi
hitam dari rambut ke sepatu
mendekatinya aku malu

ku lihat dia lagi selepas itu
di malam pelancaran buku hantu
segak dia berbaju kerja
bertukar salam jua akhirnya
senyum manis tanda berpunya
pacarnya bukan calang-calang pria
charming - simpul ku kali kedua
namun penuh rahsia

kali ketiga ku lihat dia
acara muzik santai suasana
oops...bukan sekadar melihat saja
namun kami pergi bersama
we had fun
and the friendship (ke acquaintanceship? hhmm...) had finally begun
kalau dikira mula dan akhir
lebih 9 jam dia hadir

masuk kali keempat
kala Hari Natal mendekat
ya - aku lihat dia lagi
tiada sebab bersembunyi
sama ada santai atau kasual
angin personanya tetap sensual
berkemeja merah jambu
kacak - detik hati ku

kali kelima tempatnya sama
menonton acara luar biasa
aku akui aku selesa
walau itu keramahan cuma
aku senang mengenalinya
darah raja namun sederhana
ya - aku bangga
dia lelaki sempurna

jalan hidupnya berwarna
sebagaimana mahunya
namanya kan sebaris ikon tersohor
halanya ke puncak takkan kotor
meneroka baju merah jambu
takkan dapat diukur waktu
hey dan hi kan terus bertukar
selagi minyak hari terus membakar

layangkan semua mimpi mu

bila dia datang
dunia mu jadi terang
seperempat tahun bersendiri
kau bersedia disunting lagi
selamanya maya
termasuk kata-kata
zahirnya entah bila
takkan bertembung di syurga

layangkan semua mimpi mu
dari membuatnya kelabu
ketiadaannya bukan pinta
kasih-sayang mu bukan paksa
walau dia diam
dia tak merampas tenteram
dia cuma kejam
dan sukar difaham

layangkan semua mimpi mu
jangan duduk termangu
kalau ada akan ada
andai tiada yang rugi dia
kasih-sayang mu melimpah
hingga mengundang marah
pernahkah kau kisah
tiada tanda berubah

jangan tunggu lagi
serah pada mati
jalan masih panjang
duga masih menghalang
senyum - walau harus berlakon
bukannya kau menapis calon
sabar mu terhad
terpulang pada tekad

kelam mengkabur jelingan

aku mungkin rabun
jauh sekali beradab santun
walau mengimpi yang takkan terjadi
kaki tetap berpijak di bumi
jeling ku bukan iri
jauh sekali menyakit hati
ada cerita yang tak bisa dilihat mata
tak perlu ku singkap pandangannya

cerah memandang serong
kesempurnaannya tak disokong
lantas kelam memenuh ruang
mengkabur kebenaran jelingan
terus-menerus dihujan cerca
dipanah petir yang konon kecewa
kan ku biarkan
tak daya melayan

berbanggalah dengan kelam yang kau bawa
aku kan menjeling sentiasa
khalayak ku mungkin prejudis
mereka kenal erti terguris
khalayak mu alpa
aku diam sahaja
nikmati pancaran lampu batu kapur
biarkan jelingan ku kabur

jubin yang satu

indah
dilukis warna menyerlah
dibakar hingga masak
tatang jangan berantak
direhat atas pelantar
gilap melenyap pudar
gunanya pelbagai
andai tidak bersepai

berat
adunan mengeja hebat
mungkin tahan lama 
terserah diletak mana
muka mungkin serupa
setiapnya ada cela
mungkin sempurna
hayatnya tak dijangka

rapuh
larikan tangan ke seluruh
sisi-sisinya berdebu
rata namun tajam di bucu
susun menutup ruang
menikmati saran kritik orang
indah, berat apa guna
berderai kan putih mata

pecah
impi ikut musnah
jubin yang satu
jatuh tak isyarat dahulu
tiada lagi indah
berat bukan gagah
rapuh tercakup semua
pecah bersama rasa

Jenny

ini bukan nama sebenar mu
mungkin jua kau tak wujud sebagaimana diberitahu
namun katanya diri mu pilihan ibunya
buat memungkinkan dia punya zuriat sempurna
demi meneruskan darah pahlawan
yang barangkali hanya dongengan
besar benar cita-cita
atau hanya dusta semata
jangan jadi bodoh, Jenny
he wouldn't even lick your pussy

andaikata kau wujud
bisakah kau merungkai maksud
calon suami mu itu homoseksual
peminat batang besar, panjang dan tebal
juga penggemar lubang jubur
rakus tatkala bajunya gugur
hanya Beyonce mampu merangsang
membuat alat sulitnya tegang

katanya kau pilihan ibunya
yang risaukan dirinya yang semakin berusia
adik lelakinya duda
adik perempuannya janda
bukan kerana jodohnya tiada
dia bukan lelaki sempurna
berutus dengan mu kadangkala
itupun sistem pesanan ringkas sahaja

sanggupkah kau Jenny
surrendering him your virginity
for the sake of giving him biological babies
and you wouldn't charge him fees
kau berhak hidup bahagia
kekal bujang mahupun berkeluarga
mungkin dia berpendidikan, berketerampilan
tapi adakah dia berperikemanusiaan

bila ku dengar kisah mu
nasib mu lebih malang dari ku
andai benar, ku usung takziah
andai dusta, jodoh mu terserah
baka dia mungkin baik
namun alat sulitnya takkan naik
mampukah kau saingi Beyonce
sebelum selaput dara mu rabak di vajayjay

heret ke tengah

dia ada akal
jauh sekali dangkal
niatnya ikhlas
tak minta dibalas
aku hargai bantuan
walau bukan kemahuan
dosa diakah terjadi begini
dia hanya menghulur insani

screw common sense, tanpa berlengah
kau seret dia ke tengah
selama ini kau juga yang kata
kamu akrab berkongsi cerita
tentang hidup, tentang ayahnya
aku juga sama, apa salahnya
kau tahu dia bukan saingan
pernah dia mengangkat tangan

dia juga punya rasa
keadaan memaksa
dia sedar peranannya
dia maklum kedudukannya
tindakannya logik
jauh muslihat magik
walau aku tak menyaran
memang ada kebenaran

tengok aku - pandang sini
jawab - setulus hati nurani
apa dosanya pada mu
kalian tidak pernah ketemu
namun dia tidak berkira
tidak juga banyak bicara
pintanya jangan dicerita lagi
walaupun ku gadai malam dan pagi

kau tak salah
aku yang suka berbalah
positif dipenggal
tak hairanlah kebanyakannya gagal
aku akan diam
memeluk meriam
menjadi bisu
mencemar, membasah murni tisu

bau

sebab aku takkan lupa
segera sebenarnya sementara
biar nanti akhirnya seorang
tertib caranya aku tak melarang
akal hanya mengisi syarat
atau benar-benar dijana giat
walau kau jauh dari ku
kau punya bau

saat tubuh mu ku teroka
aku tak hanya mengenal binaannya
siapa peduli lengan kuat, berurat
aku tak hirau otot betis padat
jaguh - bibir dan lidah mu kala memperkosa
aku tak hirau pandangan biasa
ketiak bolen, kemaluan bebas bulu
yang ku hidu bau

kau sudah bosan mengalah
tiba masa menitah, menyalah
kau lupa aku saksi 
mata ku belum mati
ilmu dipinjam guna memanfaatkan
kau jadikan kempen iklan membosankan
buanglah semua pemberian ku
takkan ku hapus bau

Tuesday, February 3, 2009

cari dia

senang aku bergoyang kaki
sudah 18 hari
bertanya memang tak putus
walau sebenarnya tak bagus
cari dia merata
hubungi dia membuah hampa
senang aku dianiayai
ditinggal tanpa penjelasan pasti

duga berjauh
tiada tempat melepas sauh
mulut ku penat
senyum tak lagi larat
kata dua? 
fahamkah dia?
lari dari pena
lari dari bicara

cari dia masa berjalan
aku punya tahap kesabaran
sibuk, sakit, mati, benci
diploma yang ku ada tak mengajar semua ini
kan sumbing tepi cawan
walau baru dibuka bungkusan
tepuk tak berbunyi
satu tangan beroperasi

adakah putih

pangeran bukan mereka
unta ditanya mengesah dusta
tebal asap shisya
ingkar kenyataan berlagak diva
hantar ke penjara

penjara protes luluh besinya
ungkit budi teraniaya
tukar hujung kaki hujung kepala
ilham tak bercahaya
hanyir penipuannya

penipuannya memalu pasu bunga
unsur tanah bukankah sebangsa
tiga titik jadi apa
ingat sampai bila-bila
hanya lanjutan bukan pola

pola tak hanya di peta
untuk manusia juga
tentang bentuk dan contoh benda
iman juga aku kira
hampa bulan purnama

purnama mungkin sempurna
umpan pangeran biasa
tahanan cela mata
ingin melihat semua
hari mereka kan tiba

darah jadi merah

payung rosak itu saksi
dalam hujan hatinya mati
kucup dilapis lip balm
which landed on my lips oh, so warm
jika ditikam pedang samurai
takkan hairan polis di balai
campak berguni wang berjuta
paling tidak berlakon lupa

berjalan mendengar irama
kasut basah akhirnya berguna
rintik menghakis klise
terbayang putih chardonnay
malam tadi dia hebat
tapi sayang tewas cepat
darah jadi merah
for real, tiada pewarna ditambah

jubin berlapis kerak sabun
saling tak tumpah artifak berkurun
di atas toilet seat apatah lagi
kulit punggung sudah serasi
tuala berbau pelik
pelembut harum siapa menculik
magis kulitnya bersih
bukan lagi ketagih

katil sofa menyerap cairan
dari bukaan-bukaan badan
baunya jadi klasik
bukan hiks tapi hikhikhikhikhik...
darah jadi merah
setitik tak pernah tersimbah
darah ku tak berwarna
setitik tak bersisa

mendekat 52

mungkin angka hanya angka
apa ada pada 52
pesat bertukar wajah
tetapi sememangnya lumrah
yang lama berganti
yang baru mencari identiti
yang wajar disoal
sebaliknya pula dijadikan misal

ibu bapa mereka dahulu tulen
walau bukan ekstremis lagak bin Laden
menjuang hak yang satu
badan sarat ditembus peluru
mereka juga berjuang
mangkin kesateriaan itu wang
anak cucu menyambung tradisi
pangkal jalan tak nampak lagi

kata ditabur bak gula murah
digertak sedikit pantang mengalah
bodyguards sejemaah Jumaat ramainya
sayang tak membuntuti hingga ke neraka
membunuh itu kebiasaan
nafsu mengatasi kewarasan
iri bertahan bak semburan hairspray
susuk penguin dibalut busana bak cosplay

tunggu dan lihat transisi terjadi
muntah hijau memenuh bumi