indah
dilukis warna menyerlah
dibakar hingga masak
tatang jangan berantak
direhat atas pelantar
gilap melenyap pudar
gunanya pelbagai
andai tidak bersepai
berat
adunan mengeja hebat
mungkin tahan lama
terserah diletak mana
muka mungkin serupa
setiapnya ada cela
mungkin sempurna
hayatnya tak dijangka
rapuh
larikan tangan ke seluruh
sisi-sisinya berdebu
rata namun tajam di bucu
susun menutup ruang
menikmati saran kritik orang
indah, berat apa guna
berderai kan putih mata
pecah
impi ikut musnah
jubin yang satu
jatuh tak isyarat dahulu
tiada lagi indah
berat bukan gagah
rapuh tercakup semua
pecah bersama rasa
No comments:
Post a Comment