Tuesday, February 10, 2009

persalinan merah darah kotor

dibeli kerana warnanya
niat mahu menghadiahi insan istimewa
namun kata tinggal kata
kasar realiti jua menguasa
kemas berlipat di dalam kotak
murah bukan, mahal pun tidak
hanya ku tahu di mana letak
siapa neutral siapa berpihak

ada dua pasang
niat mahu menghadiahi insan tersayang
namun rancang tinggal tancang
kuasa Tuhan tak bisa dihalang
dicari pemilik baru
jumpa keduanya, seorang memerlu
diberi tanpa ragu
kerna dia layak dibuat begitu

bila ia bertukar tangan
niat mahu menghadiahi insan berkelayakan
namun nampak sisi bertentangan
bagus juga dihulurkan
sama buruk perangai seorang-seorang
sudahlah pula satu kumpulan
makan, gambar, main besi, liburan
hadirkah nanti semua saat dikapan

sepasang lagi rapi disimpan
niat mahu menghadiahi insan di kejauhan
namun dia minta perlahan
OK - ku belikan untuknya kemudian
rancangan mahu dipakai sendiri
yang tuan punya tak sudi
merah darah kotor warna diberi
kacak digaya insan keji

No comments: