Thursday, February 28, 2008

selamat

tiada beza jauh dekat
kan ada mata yang melihat
kan ada pandangan diangkat
meragui yang selamat...

intai

apa intai-intai
adakah yang belum selesai
mencari bukti baru
masih menunggu tanpa jemu
ku ikut awan berarak
isi langit puas ku dongak
ada yang istimewa
tetapi ianya rahsia

apa intai-intai
adakah lagi sisa tersadai
kita sama-sama tahu
apa yang perlu, yang dimahu
layar mu megah berkibar
laluan mu tak lagi sukar
sememangnya kita tak sama
takat rasa berbeza-beza

apa intai-intai
putusnya bersih, tiada berderai
setiapnya punya pilihan
hanya hendak atau enggan
jalan kita kan bersilang
namun bukan untuk berperang
apa yang terbina dulu
harap bisa melenyap janggal mu

Monday, February 25, 2008

orang gila di pengkalan II

tekun matanya melihat
gila dia punya firasat
kapal berlayar dari kejauhan
takkan disinggah pelabuhan
tak daya lagi dia berfikir
silam yang tak pernah hadir
wujudnya telah tersingkir
walau tiada janji memungkir

kapal itu dikenalinya
milik mutlak orang berada
dikongsi dengan yang sama tara
takkan memandang yang miskin hina
tak pernah dikeluh
tak dihitung titik peluh
panas menggigit
ditampar rasa perit

nakhodanya tak kelihatan
namun dia tahu siapa gerangan
takkan ditoleh ke tepi
yang manis takkan kembali
ikhlas melempar senyum
entah dibalas dia tak sedar
dilontar pandang ke dalam air
jelas nyata sambaran petir

kebosanan - dia bangun
tak terlukis rasa terpegun
orang ramai menjerit cemas
terjun menyelamat berenang pantas
rentung kapal itu
yang timbul hanya abu
walau lasak layarnya
ia tetap fana

tiada kedengaran lagi
detap sepatunya melalui titi
khabar diidam tak kesampaian
yang mengutus telah terkorban
penantiannya tamat
tiada yang lekat di jerat
kisah bersaksi rembulan dan mentari
resam alam sebelum mati

ada silam yang sempurna

sampai mati tak pernah didamba
yang melambai pergi sedaya dilupa
dalam kesibukan muncul di mata
cinta hati bertahun lamanya
kembalinya bukan menyeksa
kepulangannya menerbit suka
ya - cinta cerita lama
persahabatan itu utama

jarang sekali senyum ku dihargai
kalau ada pun hanya dalam mimpi
pujian itu menjengah kembali
kekal di ingatan saat diingati
ya - ia menguntum lagi
mendengar suara yang disenangi
menatap wajah yang dinanti
mendakap tubuh yang pernah dihangati

tak pernah dibongkar pahit semalam
jauh sekali menenun dendam
walau keputusan diterima diam
perpisahan dulu telah terkalam
bebas dari ugut dan kecam
sudah lama diputih yang hitam
hadirnya menceria yang kusam
masing-masing sudah faham

siapa sangka silam ku sempurna
yang tergendala disambung semula
saat ditinggal diri ku terjaga
dihormati tiada memaksa
baru ku sedar tinggi nilainya
hayatnya kan sampai bila-bila
pengajaran diambil sedaya
benih persahabatan ke akhir dunia

terima kasih wahai sahabat
terharu kalian sentiasa mengingat
walau jarang kelibat dilihat
menyokong tika sihat, tika tenat
kita takkan lagi terikat
sayang mu takkan pernah tersejat
tidak sukar jika dilihat
pendorong hanyalah niat

Friday, February 22, 2008

mungkin hidup

setiap hari ada pengajaran
mewah berbalut dalam baldu kehidupan
satunya pendekatan berbeza
namun muatnya untuk semua
mungkin hari ini menyakitkan
kerana semalam berbaur penyesalan
tapi hanya kita mengenal kita
terpulang bagaimana mengawal rasa

sungguh mewah baldu itu
hendak disentuh ku rasa malu
jauh di jiwa ia bukan untuk ku
tapi dia yang lebih memerlu
dia yang mengajar ku tiap satu
dia yang berjanji kan setia menunggu
dengan senyum lebar di balik pintu
dengan kejutan yang ku tak tahu

setiap hari mencabar keinsanan
cuba dipadam namun tak bersesuaian
memang sukar kala terbayang
jasad ada rasa melayang
kepahitan wajib ditelan
agar kuat mengharung halangan
kesayangan tetap kesayangan
walau ada cuba menafikan

tak pernah mengambil atau melepas
kehendak dia lalu melintas
memang dusta andai ku kata
kenangan terbunuh dibawa masa
latarnya akan berlainan
hubungan harap berkekalan
sakit telah surut
jangan lagi dia takut

andai ku mampu mengawal

takkan pernah damai
walau tenang arus di sungai
kudrat melawan telah tiada
racun telah meresap ke kepala
tolaklah aku ke dalam
jangan ditunggu aku tenggelam
hidup mu bukan lagi jagaan ku
hidup ku sentiasa mengundang malu

Thursday, February 21, 2008

edaran

peranan bertukar
mengekal segar
menjamin mekar
mengukuh akar
ditakung semampu sinar
buat sang pacar
segala dalam sedar
sangsi sudah sifar

hari beredar
dalam paksi berputar
tak lagi gentar
isyarat dihantar
tak dibalas sekadar
petanda sudah dinaik layar
usaha terbayar
terpatri ikrar

nyata terpapar
hikayat jelas terhampar
walau tiada uar
diangkat pandang tiada samar
serinya memancar
senyumnya kini benar
berlalu payahnya mengejar
angkara terlebih gemar

tentunya berdebar
sanubari bergetar
percayalah - jalan kan lancar
jika tepat menyasar
jangan segan menyiar
setiap putusnya wajar
dalam dakap menyaksi fajar
terbit terbenam belum diingkar

Wednesday, February 20, 2008

sasar

setiap kali dikerah pena
sukat ghairah di pusat rasa
bukan semua istimewa
bukan semua sampah di mata
fitrah menyuara jiwa
kan mengundang tidak suka
makna terbuka
terpulang disimpul hujung mana

sabitkan apa yang wajar
jelaskan apa yang benar
bahagia kala gemar
durja di saat sukar
tiada titik sasar
tentu - ia kasar
mula pedih dan pijar
semuanya akan berkisar

buang bisa jadi tumpuan
terang bersinar keadilan
ikhlas ilmu kekal bertahan
sebaris keajaiban, pujaan
sebenarnya sudah bahagian
lambat cepat kedapatan
rayakan
simpan

sumpah tiada betul salah
hanya syarat menang beralah
sebelum dijalin asal terpisah
goyah bukan rebah
kukuh kan memungkir gagah
sasar bukan mencipta telah
hala bukan menyangkal titah
saat berlalu menjadi kisah

sebelum turun

sukar menelan isi
nyata dihasut sangsi
usah peduli
penamatnya pada diri
fahamkan supaya mengerti
kaut supaya tak rugi
bila lagi
menarilah sambil menyanyi

bila ada di puncak
cermat membingkai jejak
kacak, segak, sarat watak
kukuh, tak bisa ditetak
alun irama hentak
alir rasa sentak
gagah tegas bentak
degil omel koyak

serap nikmat
jaminan selamat
teroka yang dekat
yang jauh dierat
jangan buang rasa pekat
yang cair bisa meresap pangkat
kurang menumpu terpikat
diulang menyakin meluat

terjawab rungkaian kaji
tiada peluang dua kali
selain layak dimiliki
hitung adili
andai ada tali
kan tersimpul mimpi
perlayaran tiada baki
melepaskan memurni hakiki

segala ada baik
pergi akan balik
apa ada pada serik
tingkat nilai bukan cantik
saring bisik
kurangkan terik
yang berundur tidak ditarik
tolak ke depan selesa berlapik

usah diamal diam
perisa akhirnya masam
pahit didoa tenggelam
manis alas tersergam
masin dilayan malam
lawan lepas kecam
musnah kejam
mula akhir diiring salam

setiapnya ada warna
segalanya ada cara
sedunia ada rasa
sepi punya jiwa
merai bukan gembira
menangis bukan duka
kata kan tetap kata
karya agung juga dicipta

Tuesday, February 19, 2008

jangan lenyap, chand...

terang cahaya memancar
menyuluh taman tak bersuara
berseri ditampung sinar
menyaksi rasa membenam lara
terhenti jiwa berdebar
takkan resah hilang tujunya
jalinan kan kekal segar
walau jauh tempat diteroka

Monday, February 18, 2008

tiada larangan

hanyut dalam dansa
walau tiada nada
ia terpahat kukuh dalam rasa
gerakkan, pusingkan badan mu
apa perlunya malu
mereka takkan kekal di situ
dendangkan puitis liriknya
lantangkan suara
hidup ini kau yang punya

tiada indah

kan tiada indah
semerbak bauan menyerah
tak daya mengerah
rasa yang lama tumpah

kan tiada indah
andai tiada yang mengalah
dirinya sepi mengatur langkah
terik mentari terasa basah

kan tiada indah
mendengar tawa berdekah
walau dipelawa takkan singgah
tempatnya kekal di tanah

Friday, February 15, 2008

yang penting dalam

mata bisa menipu
walau ditembus peluru
ya, setiap pasang jendela jiwa
terserah jijik atau mulia
tunduk jangan disalah erti
hanya dia mengetahui
hodoh, gemuk - dilemas tenggelam
yang penting dalam

mengapa kata berkuasa
menghancur angan dan cita
disenduk cairan bukti duka
mustahil mampu suburkan dunia
lemah rasa bukan ukuran sempurna
kebal jiwa bukan sukatnya perkasa
semuanya tak lepas dikalam
yang penting dalam

jangan dikosong kotak rasa
semalam diundang kan pergi jua
ruang akal begitu luas
terpulang dia membalas keras
tiap satu laku dihayati
tiap satu cela dihalusi
biarlah sisa digenggam
yang penting dalam

tatih

bangkit dari peraduan
buka mata pandang ke depan
sememangnya ia kelabu
perhentian jauh berbatu
lemah dihenyak rasa
masa untuk bangun semula
kebas kaki berlunjur
mengelak air di pancur

cecah tapak ke lantai
tegas jangan berandai
sokong sekujur tubuh
jangan tipu, ia kukuh
sambunglah perjalanan
walau akhirnya bukan kebebasan
tatihlah jika perlu
lawan celaru mengganggu

takkan terasa jarak
kala mahir memain watak
pesan mereka cuma satu
wajib bersebab andai menunggu
susun langkah seperti biasa
inilah hidup sebenarnya
tak siapa akan menjaga
walau lelah mereka mengiya

Monday, February 4, 2008

takkan kekal

beria menyata hajat
kini hilang kelibat
takkan lagi dicari
pandailah sendiri
aku ikhlas menghulur
nilai dagang ku diukur

beria mempamer sengih
suka atau ketagih
tarikan kini kurang
tolakan mendalam lubang
sudah tamat tempoh
ketinggalan zaman andai gelojoh

beria meramai sahabat
tak ketahuankah aku jahat
ditengkar hingga diam
ada juga kembali bersalam
tak sekali ku rasa agung
ada sebab aku menyinggung

beria menanti cinta
tak dilayan sembur sahaja
segala tamat di sini
seksa ku bawa mati
tiba detik memantul
kembara arah betul

undur

jangan maju
ingat tempat henti pijak mu
biarkan di situ
usah sasar menyimpang tuju
keluh mengharap waktu
menyadur duka yang berdebu

jangan maju
ingat tempat berhenti pijak mu
tinggalkan bekas dimakan bayu
bukan mengenang menyuap pilu
berlapik dulang kemasan batu
tak sedar tersagat dagu

jangan maju
ingat tempat henti pijak mu
kala mengenang dileter bak peluru
rindu mereka laju mengutus lagu
semua salah bak masam madu
terus ditinggal dicari baru

jangan maju
ingan tempat berhenti pijak mu
hilang sayup angguk setuju
peranan menamat cita nafsu diburu
jawapannya perlukah tahu
jawapan mu kekal bisu

takkan diserap

rongga nafas menanggung sesak
relung hati menggunung sebak
bahana hilang damai berkocak
lenyap nilai dilaung serak
tari sempurna putus rentak
bersilih keliru ya tidak
ditembak dan ditembak
tembus carik selerak

bila kan mampu membayar
sadur hipokrit menyalut layar
dihala pandang tertoreh mekar
kaget menyimpan yang terbongkar
pajak gadai silih bertengkar
mati transaksi serap tersebar
terlindung kisah di mata kasar
bukan dalang angkara membakar

laut menyerah tersindir badai
terdetik kenapa menyeksa pantai
tertib langkah tersangkut dawai
pedih tertusuk mengandai cuai
mustahil menerus suara ramai
jejak maya sudah dibingkai
lawan golak dalam gemalai
ampuh dilindung tegap pegawai

pati gugur lentang tertiarap
dakwa mencuci dan menggilap
kilauan pulang ke bilik gelap
musnah tanpa menjatuh harap
teropong dunia merah dan lembap
menghala lensa peka menangkap
kata nafi menyembur lahap
bena tak bena salah mengewap

Friday, February 1, 2008

biar

cari damai
ia takkan selesai
penat lelah mu membelai
bukan kuasa mu menyemai

cari damai
rehatkan segala andai
biarkan hidupnya berampai
walau bagi mu sepijar cabai

cari damai
jangan tersadai
mungkin takkan tertunai
namun takkan putus rantai