Tuesday, February 17, 2009

secukup rasa

bila ku lihat mu kali pertama
nyenyak dibuai lena
aku tidak keseorangan lagi
akhirnya ada yang menemani
memang kita berbeza
namun itu bukan halangannya
berkongsi kisah, impian, teladan
tubuh mu sarat kehidupan

kata-kata mu menyenangkan
tulus, telus, tiada sempadan
bohong andai ku kata ku tak berhutang
dengan mu budi, persahabatan, kasih-sayang
kau mungkin lain
tapi kau tetap ingat kau muslimin
kau tak pernah lupa
mengingatkan ku kau juga manusia

uji datang, bertentang rasa
berakarkan khilaf dek kurang peka
tiada kata didagang
hanya kemarahan lantang
sukar bertentang mata
bersua muka kerana terpaksa
maya jadi medan
menguji kesabaran, menagih kefahaman

tapi tiada benda yag kekal
kerana kau cekal
melayan kejengkelan berupa aku
penuh ragu, keliru, cemburu
kita menjernih semula
menjaga yang telah dibina
kau matang, adil menimbang
gagah mereda yang tegang

bakat mu besar
rugilah mereka yang tidak sedar
walau diri mu disalah erti
teman-teman mu setia di sisi
bergegas bagi mu sampah
tiada salah bercanggah
ambil masa, ada cara
berselisih mengembang minda

kau penuh cinta
halus tapi kaya rasa
nampak apa yang tidak
sedar apa yang bergolak
cepat belajar, pantas menangkap
berwibawa, mulia sikap
insani mu melimpah
tetap melangkah gagah

kau pergi takkan lama
sampai masa kan kembali jua
carilah impian mu
rayakan dengan suara merdu
kau tahu kau bijaksana
akal diregang sepenuhnya
doa kan makbul
keagungan menyusul

ku bangga mengenali mu
ada sebab kita dipertemu
kau secukup rasa
serba-serbi sempurna
aku takkan lupa
kau istimewa
senandung, gitar, semuanya
terpahat di hati sentiasa

No comments: