Tuesday, February 10, 2009

meneroka baju merah jambu

ku lihat dia Ogos lepas
susuknya besar berdarah panas
petahnya tiada noktah
motormouth - ku simpul mudah
kelihatan dia seksi
sorot matanya sarat ekspresi
hitam dari rambut ke sepatu
mendekatinya aku malu

ku lihat dia lagi selepas itu
di malam pelancaran buku hantu
segak dia berbaju kerja
bertukar salam jua akhirnya
senyum manis tanda berpunya
pacarnya bukan calang-calang pria
charming - simpul ku kali kedua
namun penuh rahsia

kali ketiga ku lihat dia
acara muzik santai suasana
oops...bukan sekadar melihat saja
namun kami pergi bersama
we had fun
and the friendship (ke acquaintanceship? hhmm...) had finally begun
kalau dikira mula dan akhir
lebih 9 jam dia hadir

masuk kali keempat
kala Hari Natal mendekat
ya - aku lihat dia lagi
tiada sebab bersembunyi
sama ada santai atau kasual
angin personanya tetap sensual
berkemeja merah jambu
kacak - detik hati ku

kali kelima tempatnya sama
menonton acara luar biasa
aku akui aku selesa
walau itu keramahan cuma
aku senang mengenalinya
darah raja namun sederhana
ya - aku bangga
dia lelaki sempurna

jalan hidupnya berwarna
sebagaimana mahunya
namanya kan sebaris ikon tersohor
halanya ke puncak takkan kotor
meneroka baju merah jambu
takkan dapat diukur waktu
hey dan hi kan terus bertukar
selagi minyak hari terus membakar

No comments: