Wednesday, December 31, 2008

shahspunyastyle ABC

kadangkala terhibur dek gurindam aba
mengabar hati yang lama menjadi tapak diam
infiniti longgokan abnus neraka
absah wujud binaanNya tersergam
tangan penuh dosa yang abtar
aku tak pernah henti mengacan 
mendoa derita pada pemilik hati acar
yang adar untuk mengecap keamanan
adawat ku selamanya perkasa 
dek afalnya yang meloya 
agul sudah dimasyhur nama keduanya
ahmak dirinya senantiasa
balasan Tuhan pasti mengambul
bak impak amfiun yang mengkhayal
walau andan diguna memukul
andil merudum bukan tegal
bakar habis anduk mahal
abunya terbang tak pernah anfas
cembul diantat diragu kekal
bak anumerta yang luput pantas
walau apik mengatur hayat
arakian takkan berkat kerana pandang
penyokong bertembik maha azamat 
yang kau mengerti hanya terbabang
babarlah sampai kiamat
betapa agung babat ditaksub
babil mempertahan matlamat 
biar bacar membukti termaktub
apa dimakan hingga bagat
gerak seluruh tak lagi baku
siang malam berbeka tak ingat
akal di beramin dekat lampu
bahang menguasa tak sempat berberguk
dihantar bangsawan berida
menyeksa hingga tak betah meringkuk
takkan lagi menyaksi bianglala
azab kerana binal
mata terbujal
hasil bukut yang tampak normal
rahsia tersimpan dalam bumban mahal
aib hebat dibura
tanpa buram hanya spontan
cah segenap selera
biarpun rakus mencakus kebongkakan
cal ku hitam tebal 
menghindar calikan mata jahat
walau dicampung kepala bebal
tetap bercamur isi walau berhemat
ingin ku ceku kemaluannya
hilang sifat takkan jumpa walau dicekuh
supaya berhenti dia jadi cempala
menikus lantas cempera lalu luruh
cemus rasa prima
dicengil tak masuk dek ajar
entah cengis tubuh yang perasan sasa
jauh mantap setelah dicerap sejajar
balasan cerat menghantu
tak kuasa aku mencerling
cibir ku hanya padan muka mu
tercida dia hilang gajet semahal bling-bling
jalan menconcong mengenang laptop dan kamera
tak pernah dicondak namun lesap jua
balasan Tuhan kerana congah pada dunia
alangkah elok jika dia curu sama

Sunday, December 28, 2008

muluk

bersungguh menyata suka
senang berbalas kata
dari mata tersingkap semua
muluk suara
berjanji akan menjaga
kan menepati andai dipinta

desir angin jadi saksi
mengubah semua janji
hilang wangi
lenyap yang diimpi
mansuh menjauh sunyi
terbunuh tak janji kembali

semua dinyata muluk
sekuat meja diketuk
meyakin suara mengajuk
memujuk yang merajuk
terbang semua habuk
meninggal segenap ufuk

mahu dinafi acuan sama
namun tertera seluruh punca
muluk itu dusta
pangkat jua berkuasa
pergi, hadapilah cahaya
moga beroleh 'aman' di dalamnya

Sunday, December 7, 2008

taring betul ke...palsu?

meski bukan mutlak
akhirnya kan enak
bahagian berbeza-beza
akan nampak menggamit rasa
apa yang kau ada kini 
kekal hanya di bumi
apa yang aku ada nanti
dirai segenap langit tinggi

kau mungkin berkata
sarat bertatah sahaja
setakat dijunjung seketika
takkan setara tingkat agungnya
namun sudahkah kau lupa
pahala bisa menjadi dosa
harum mewangi cerca
busuknya satu dunia

rayakan hidup mu
yang gemilang tanpa ku
jangan sekali cemburu
mengasihani mu aku tak perlu
yang hilir ada hulu
yang togel kan berbulu
selamanya berlandas ilmu
jangan sangka aku tak tahu

lahir dendam kesumat
pelengkap cemar hari selamat
aku bukan suci 
kau jangan berlagak wali
yang pisah kan jumpa jua
di dalam mimpi atau jaga
kan terus merampas tenteram
mimpi tertunai kerana silam

simpan saja taring mu
ciptaan tak tahu malu
saat indah terus berlalu
bercerai menjadi debu
diam mu tak perlu
biarlah kau bisu
sumbang suara mu berlagu
kan menurun nafsu

say what?

sememangnya pernah ku dengar
dari insan-insan yang konon tegar
"i'm not a follower...
...being myself is better"
namun kata hanya kata
kecewa andai percaya

"i'm worried i'm not up to par...
...so, it's not going to go far"
hebat menyusun kepastian
yang nyata bukan kegusaran
ujar melayang
dimakan bayang

senyum lebar bukti
aku dah tak kuasa peduli
"i had fun really...
...but deep down i still feel empty"
laung hingga hilang suara
takkan laku hingga ke senja

"me too...
...i'd again love to see you"
entahlah...gagal
menjaga hati jadi tegal
aku tak pernah menambat
aksen Inggeris ku tak sepekat

berbalas-balas namun tersejat jua
walau diam ku takkan lupa
"you're sweet..."
"...and you're discreet"
depan aku - iya
depan mereka - sebebas-bebasnya

aku tak pernah memilih
aku pemurah kasih
curilah sampai aku gila
rogol jantung ku sampai putus aorta
aku masih di sini
menyaksi perubahan merentas hari

Wednesday, December 3, 2008

kau mahu aku matang

dilarang lahap meneguk air
khuatir pengertian banjir
punah percaya membanir
membantut makna akhir
andai sempat disalir
batin tak melengkap zahir
bak terpacul di bibir
isinya tercicir

renung masa berlalu
lali diguris bucu
parut bukti nyata
langsung mahupun maya
sokong saran ku endah
taksir disesuai maruah
buat menafsir firasat
menjelas logik iradat

garis jelas di mata
tertafsir ke seluruh deria
jangan menyeberang sewenangnya
sedarlah batas yang dikurnia
carilah mangsa yang rela
menerima mu seada
mungkin di puncak syurga
yang duduknya di neraka

asbestos

pintu rundingan luas ku buka
namun bukan untuk mu menguasa
menakluk yang dinafi kepunyaan
merampas yang bukan diwasiatkan
tertinggal jejak mu di lantai
bersemuka, jangan mengintai
terus-terusan ku kata muak
mungkin kau sudah pekak

bila ku curah rasa
bagi mu ku hilang perkasa
mungkin kau kepenatan
tak daya menghargai kekurangan
lantas mengamuk dirabak tirai
berani berlagak wizurai
pada mu ku hanya gagak
bila diri mu berangan merak

kalau ditafsir bacaan muka
aku sudah tidak kuasa
onar mu andai berterusan
ku canang rahsia hingga pengakhiran
kata mu tak bisa lagi dipakai
kudup sudah berpisah tangkai
teriaklah sampai serak
tak ubah penyangak mabuk arak

untitled XIII

sabar itu duga terhebat
salah langkah kan jatuh laknat
pelengkapnya hanya ikhlas
andai niat tak terbabas
walau merindu jauh berbatu
jangan sesat arah tuju
diberi nikmat galas sedaya
pecah amanah racunnya curiga

sabar itu duga terhebat
walau bosan mengukur hayat
bukan materai di atas kertas
demi jawapan pohon dicantas
pembayang bukan pada hantu
dirinya sendiri cukup keliru
awas - jangan ternganga
diperdaya yang bercahaya

sabar itu duga terhebat
merentas titik sempurna dan cacat
tiada guna herdik menegas
pengecut berlagak baragas
dirinya waham dia tak tahu
telah disalib si mata kuyu
takkan dia meronta
muktamad pilihannya

jangan dicerita

aku suka dia gembira
mampu mengusir bosan menerpa
menjauh lara dengan tawa
melupa duka yang tak sempurna
namun rasa berkata-kata
jelas terzahir di indera

yang ditutup takkan dibuka
andai dikuak mengundang bala
apa lagi yang dia tiada
apa lagi yang rakus menduga
sarat pandang matanya
kertas tercarik patah tinta

walau bisa merungkai makna
tersurat tersirat dikawal sedaya
dbiar lepas kan menggila
dibebat kan khianat bebasnya
simpan sampai bersedia
rangkul erat sampai ke syurga

pergilah

langkah semena disekat
apa yang kau dapat
aku tak lagi tercegat
mengenang episod maksiat
entah apa makrifat
simpati dari ku dahsyat
berlalulah, aku penat
ada mu takkan merawat

kau bukan bisu
apa sebenarnya kau mahu
celana pendek bertali kelabu
atau payung yang rosak itu
jawab, aku bosan menunggu
mendamba yang tidak perlu
ku bukan lagi tamu
hidup mu gemilang tanpa ku

andai jalan bersilang
lalu - aku takkan halang
namun aku mahu seimbang
jangan tamak mengejar bintang
lihat be bawah kala terbang
bukan kerana aku sayang
nanti cemburu garis lintang
takkan ku doa dalam sembahyang