Tuesday, February 3, 2009

mendekat 52

mungkin angka hanya angka
apa ada pada 52
pesat bertukar wajah
tetapi sememangnya lumrah
yang lama berganti
yang baru mencari identiti
yang wajar disoal
sebaliknya pula dijadikan misal

ibu bapa mereka dahulu tulen
walau bukan ekstremis lagak bin Laden
menjuang hak yang satu
badan sarat ditembus peluru
mereka juga berjuang
mangkin kesateriaan itu wang
anak cucu menyambung tradisi
pangkal jalan tak nampak lagi

kata ditabur bak gula murah
digertak sedikit pantang mengalah
bodyguards sejemaah Jumaat ramainya
sayang tak membuntuti hingga ke neraka
membunuh itu kebiasaan
nafsu mengatasi kewarasan
iri bertahan bak semburan hairspray
susuk penguin dibalut busana bak cosplay

tunggu dan lihat transisi terjadi
muntah hijau memenuh bumi

No comments: