meski bukan mutlak
akhirnya kan enak
bahagian berbeza-beza
akan nampak menggamit rasa
apa yang kau ada kini
kekal hanya di bumi
apa yang aku ada nanti
dirai segenap langit tinggi
kau mungkin berkata
sarat bertatah sahaja
setakat dijunjung seketika
takkan setara tingkat agungnya
namun sudahkah kau lupa
pahala bisa menjadi dosa
harum mewangi cerca
busuknya satu dunia
rayakan hidup mu
yang gemilang tanpa ku
jangan sekali cemburu
mengasihani mu aku tak perlu
yang hilir ada hulu
yang togel kan berbulu
selamanya berlandas ilmu
jangan sangka aku tak tahu
lahir dendam kesumat
pelengkap cemar hari selamat
aku bukan suci
kau jangan berlagak wali
yang pisah kan jumpa jua
di dalam mimpi atau jaga
kan terus merampas tenteram
mimpi tertunai kerana silam
simpan saja taring mu
ciptaan tak tahu malu
saat indah terus berlalu
bercerai menjadi debu
diam mu tak perlu
biarlah kau bisu
sumbang suara mu berlagu
kan menurun nafsu
2 comments:
mmm..marah sapa ni zeyn?
tenang bro...
Ad,
adalah sorang hamba Allah.
Post a Comment