Wednesday, December 3, 2008

kau mahu aku matang

dilarang lahap meneguk air
khuatir pengertian banjir
punah percaya membanir
membantut makna akhir
andai sempat disalir
batin tak melengkap zahir
bak terpacul di bibir
isinya tercicir

renung masa berlalu
lali diguris bucu
parut bukti nyata
langsung mahupun maya
sokong saran ku endah
taksir disesuai maruah
buat menafsir firasat
menjelas logik iradat

garis jelas di mata
tertafsir ke seluruh deria
jangan menyeberang sewenangnya
sedarlah batas yang dikurnia
carilah mangsa yang rela
menerima mu seada
mungkin di puncak syurga
yang duduknya di neraka

No comments: