Wednesday, December 31, 2008

shahspunyastyle ABC

kadangkala terhibur dek gurindam aba
mengabar hati yang lama menjadi tapak diam
infiniti longgokan abnus neraka
absah wujud binaanNya tersergam
tangan penuh dosa yang abtar
aku tak pernah henti mengacan 
mendoa derita pada pemilik hati acar
yang adar untuk mengecap keamanan
adawat ku selamanya perkasa 
dek afalnya yang meloya 
agul sudah dimasyhur nama keduanya
ahmak dirinya senantiasa
balasan Tuhan pasti mengambul
bak impak amfiun yang mengkhayal
walau andan diguna memukul
andil merudum bukan tegal
bakar habis anduk mahal
abunya terbang tak pernah anfas
cembul diantat diragu kekal
bak anumerta yang luput pantas
walau apik mengatur hayat
arakian takkan berkat kerana pandang
penyokong bertembik maha azamat 
yang kau mengerti hanya terbabang
babarlah sampai kiamat
betapa agung babat ditaksub
babil mempertahan matlamat 
biar bacar membukti termaktub
apa dimakan hingga bagat
gerak seluruh tak lagi baku
siang malam berbeka tak ingat
akal di beramin dekat lampu
bahang menguasa tak sempat berberguk
dihantar bangsawan berida
menyeksa hingga tak betah meringkuk
takkan lagi menyaksi bianglala
azab kerana binal
mata terbujal
hasil bukut yang tampak normal
rahsia tersimpan dalam bumban mahal
aib hebat dibura
tanpa buram hanya spontan
cah segenap selera
biarpun rakus mencakus kebongkakan
cal ku hitam tebal 
menghindar calikan mata jahat
walau dicampung kepala bebal
tetap bercamur isi walau berhemat
ingin ku ceku kemaluannya
hilang sifat takkan jumpa walau dicekuh
supaya berhenti dia jadi cempala
menikus lantas cempera lalu luruh
cemus rasa prima
dicengil tak masuk dek ajar
entah cengis tubuh yang perasan sasa
jauh mantap setelah dicerap sejajar
balasan cerat menghantu
tak kuasa aku mencerling
cibir ku hanya padan muka mu
tercida dia hilang gajet semahal bling-bling
jalan menconcong mengenang laptop dan kamera
tak pernah dicondak namun lesap jua
balasan Tuhan kerana congah pada dunia
alangkah elok jika dia curu sama

No comments: