Wednesday, December 3, 2008

pergilah

langkah semena disekat
apa yang kau dapat
aku tak lagi tercegat
mengenang episod maksiat
entah apa makrifat
simpati dari ku dahsyat
berlalulah, aku penat
ada mu takkan merawat

kau bukan bisu
apa sebenarnya kau mahu
celana pendek bertali kelabu
atau payung yang rosak itu
jawab, aku bosan menunggu
mendamba yang tidak perlu
ku bukan lagi tamu
hidup mu gemilang tanpa ku

andai jalan bersilang
lalu - aku takkan halang
namun aku mahu seimbang
jangan tamak mengejar bintang
lihat be bawah kala terbang
bukan kerana aku sayang
nanti cemburu garis lintang
takkan ku doa dalam sembahyang

No comments: