Sunday, January 25, 2009

Kamal

jelas terpampang suara akalnya di maya
tiap kata meruntun di jiwa
satu pengorbanan
bukan kerana belas kasihan
dia berani merancang
sentiasa sedia berjuang
walau ketahuan itu bukan jalan
hanya dayanya yang berkewajipan

pandangannya jadi rumit
tetap bertegas mahu terbabit
demi membalas jasa dan budi
menggetar gelombang hidup mati
mampukah nanti menerima ketidaksempurnaan
dalam jihadnya meneruskan kehidupan
mengusir awan mendung
melengah kepastian berkabung

niatnya semulia namanya
sejenak terhidu bauan syurga
berkongsi yang dipinjamkan
mengganti yang kerosakan
mereda penderitaan
walau titik tamatnya kesamaran
kerana kasih-sayangnya dia percaya
almarhum bonda kan tersenyum bangga

No comments: