Wednesday, January 21, 2009

hey, pengecut!

hey pengecut
mulut mu lantang menyahut
memperjuang 'seruan keadilan' teman-teman
kala waras mereka jadi persoalan
jangan jadi bodoh
walau kasad mu mahu mengheboh
jihad mu jadi bahan ketawa
mereka yang tahu ceritanya

hey pengecut
kau mahu dilontar kasut
bini mu sama bongok
akal berkabut dek asap rokok
menangis dia meminta
mengasihani mu kerna kau setia
apa daya sabar ku terhad
bila benci pulau ku berabad

hey pengecut
cuak kala diugut
pandai juga kau blogging
mengutuk yang bukan darah daging
kononnya kau tak dimaklumi
yang menganyam ketupat itu aku sendiri
haruslah identiti ku dirahsia
itu pun mudah dikesan sebenarnya

hey pengecut
aku terkejut
tergamak kau membelakangi ku
aku yang menanggung malu
insani dihulur dibalas jahil
makin disalur tak buah hasil
penjelasan apa ingin kau sampai
kepercayaan ku hancur berkecai

hey pengecut
hubungan sudah terlucut
kedangkalan mu itu bayaran
supaya menghargai mereka yang berperanan
kau tak merasa betapa jerih
mereka melawan letih
mereka menebal muka
mereka berkorban masa

hey pengecut
akal mu di kepala lutut
menangkanlah sekutu mu
usaha kami bak habuk kayu
tak pernah ku minta dipandang tinggi
diwangi semerbak setanggi
cukuplah kau diterima alam
aku tetap akan berdendam

hey pengecut
walau kebencian mereka telah surut
aku kini orang asing
kau pandang, aku takkan paling
yang elok putih kau cemar
apa salahnya sesekali mendengar
setiap yang silap kan ada penjelasan
tapi kau bangkang kami habis-habisan

hey pengecut
ketulahan mu takkan luput
"peace satu kali" kan berkumandang
"kesitimewaan" mu memang dirancang
walau ada teman-teman ku memaafkan mu
kau takkan dapat itu dari ku
lain kali belajarlah menghargai
jangan hanya reti memperkecil bini

No comments: