Wednesday, January 21, 2009

takutnya bersebab

hanya cakap-cakap
mereka menilai senyap
bukan sekadar penyedap
takutnya bersebab

apa sebabnya
sudahkah hilang ilmu di dada
otak dipakai akal tiada
cecair putih pekat terlebih cerna
ditelan tidak bersisa

takutnya bersebab
tapi bukan kerna membayang azab
titik lemahnya sudah ketahuan
mampu membangkit sesal berzaman
walau berhenti kala azan berkumandang
asmara tidak pernah diganti dengan sembahyang
rakus meneroka ghairah
cecair bening di alur lekit membasah

berani betul nampaknya
namun takut kekal menguasa
jangan dimeriah malam Jumaat
dengan omong kosong melibat mayat
khuatir arwah datang menjenguk
gebar kuningnya bukan pelindung seram sejuk
bullshit
takkan jasad mereput datang terjungkit
ciptaanNya setiap satu tersendiri
yang mati takkan berganti
mungkin terlalu dibebat mistik
itu lemahnya orang terdidik

there's nothing right on the left brain
there's nothing left on the right brain
memetik logik Rafique Rashid
satu soalan - dia abid?

sebab bukan satu
tidak jua beribu
kini tersingkap jelas erat dakapan
bukan kerna membahagia kesayangan
bukan kerna mengganti waktu berjauhan
hanya mereda ketakutan

takutnya bersebab
tak perlu dijawab
sudah tabiat
kebiasaan yang tiada tamat
bukan taat
cuma mengubat

pusing keliling dunia
cantumkan titik pusatnya
apa yang didapat
bisakah kekal mewarna hayat
simpan saja sebab mu
aku tak mahu tahu
kau perkenankan panggilan pengecut
kau perkenankan kehormatan mu hanyut

dia mencatur hidupnya
kalah menang adat manusia
takut menjadikannya biasa
meragu faedah setia
takutnya bersebab
harap bukan warisan nasab

No comments: