jangan salahkan pencahayaan
andai gugur sempurna dari pandangan
ada yang melihat dari dalam
mata kekal hanya melengkap ciptaan
buruk baik janaan hati
akal melangsung yang dihajati
impian tertanam dalam dambaan
serah segala berlandas korban
jangan dikata makin menunduk
memusnah asa bagai dirasuk
bangkit dia dari kemusnahan
mendetik satu lagi kehancuran
jangan bangkang mahu jiwanya
jangan persoal tutur kata
dia hanya mampu menjadi dia
penghalang pisah hanya setia
walau teliti menjaga rasa
kata putusnya jua berkuasa
gugur penghormatan
gugur kepercayaan
gugur kebanggaan
gugur hubungan
gugur kenangan
gugur impian
mentari sentiasa menyinar
bulan kan sentiasa menemani malam sukar
makmur bukan satu-satunya pelengkap aman
kebebasan jangan dipandang rendah peranan
dia mungkin punya kuasa
namun adakah dia saksama
takkan dituntut keadilan
cepat lambat kan dihantar balasan
kelemahan mu jelas nyata
mutlak kuasa mu diragu semua
berdayunglah hingga ke kaki suria
ingin ku saksi sejauh mana
No comments:
Post a Comment