Thursday, October 16, 2008

masing-masing tahu

mata kencang bersuara
mulut dikunci melindung rahsia
ku baca roman muka
terang riaknya takkan menjanji apa
tumpah suara di telinga
sembunyi rasa berlapis warna
tinta berbisa kasar menyinga
gagal isyarat terhalang asa

angin bertiup tepat ke muka
masih disangka liuk kipas maya
walhal sudah punah beberapa ketika
lenyap dalam tuntutan kerja
kerana apa disua piala
resam biasa manusia bercinta

menawan angkasa kan mendarat jua
membuka rahsia demi rahsia
kias miskin pembayang papa
menyinar dapur yang hilang punca

masing-masing tahu
jauh kan tetap sampai pada ku

No comments: