Wednesday, July 9, 2008

setengah tahun

tiba bulan kelahiran
tak sedari waktu berjalan
kurang 60 hari menjelang Ramadhan
telah lengkap lima putaran bulan
masih lagi memijak tajam kaca kenangan
takkan berhenti selagi janji dikotakan

sememangnya dunia mewah berwarna
menghidup cerita suka
menyamar nuansa derita
hamba selamanya bertuan rasa
raja khayal dibuai yang sama
walau takkan terhasil apa

untung nasib bukan kawalan
kunci mutlak takkan kelihatan
bayaran memperlekeh yang fardhu
menjuang remeh lagak soldadu
mungkin benar langkah menangani
namun bukan penawar abadi

kehilangan takkan berganti
bukan resmi makhluk yang mati
putus mungkin bertunas
hutang takkan lunas
selagi penyelesaiannya diam
tular racun memangkin dendam

merindu sepatah kata
makin mendekat neraka
menafi wujudnya lampau
membantut kematangan hijau
silalah berbuat sesuka
dunia hanya dunia

2 comments:

fadz said...

slm, harap link saya dlm kumpulan "queen" di blog saudara boleh dibuang. s, tk.

Shah - The Celebrated Poet...Not! said...

Fadz,

boleh. :-) saya minta maaf kalau selama ini ia telah mengundang kesusahan di pihak saudara.

apapun, terima kasih kerana menjenguk blog saya.