Wednesday, October 8, 2008

perak dan timah

nazak sudah cerita cinta indah
derita menanggung duga tak sudah
bukan kerana dikurang bahagia
atau tak tahu hujung pangkalnya
desak sekitar melemah kekuatan
sepanjang zaman kelirukan kemahuan

yang lurus sudah, yang bengkok dicuba
mana satu mengecam fana
lurus berkecai menggegar Arasy Ilahi
bengkok jangan diangan berpisah mati
ego raja segala laku, segala tahu
patah kata tembus ibarat peluru

mengecewa baginya rutin hidup
mengasari baginya pengganti kucup
menghalang baginya mengukuh takhta
lari - walau jauh takkan sempurna
megah - kala tidur mati sebentar
mungkir - menyulam janji takkan sedar

Izrail menyentuh cerita cinta indah
membunuh pengorbanan memang mudah
simpan atau lepas tiada beza
penat menafi membuah hampa
kata putusnya satu, bukan dua
sayangnya malas meneroka landasan masa

No comments: