Monday, March 17, 2008

redundant

mengapa diseru sang badai ke laut beriring awan berat jangan disebut membasah alam segar segenap sudut gurun kontang teruja hati terpaut adakah yang kunjung nikmat berharga sesal dilayan tertib kala mesra sumbanglah lagu yang mencacat nada beralih arah rombak semula tentunya diundang bersua muka diaju tanya dibalas selesa tak pernah dirancang menguji rasa setiap jadinya tak terakam mata dilayan semampu walau sedar kurang dipuja adab dihindar terlarang namun bukan mahu ditekan diserang walau menyedari tuju takkan bersilang diterus jua hingga ia datang tangan terbuka rela damai terhalang yang mantap pantas mengganti yang usang sakit pandangan dilindung liuk lalang untung disimpan di balik bekas kaca kukuh menyokong walau tanpa dipinta silam ditepis yang beza disama membangkit kejatuhan angkara rasa sabar disembur walau tak bersalah lafaz dijatuh ditolak menyampah jangan hanya diam seraya bertelah hari beredar akhir hampir menyinggah ulang-mengulang tanda tidak matang tak ambil iktibar kala uji datang walau tak beriring kan tetap sayang ada yang dimaklum sebelum pulang

No comments: