semuanya dalam diam
junjung elok dalam talam
alas sutera mewah berjurai
lembut tangan melambai
dihidang harapan palsu
dibalas penantian sarat ragu
jangan mengusul mahu bersua
andai niat tak seikhlas mana
semuanya dalam diam
mujur ku tak berdendam
ya - melawan kebiasaan
walhal itu santapan harian
cetus bertubi-tubi
tumpah darah hingga ke kaki
enak - itu benar
membiar tuduh membangkit samar
semuanya dalam diam
berbaur halal haram
kerap itu bukan nyata
sekali-sekala itu jawabnya
sibuk bukan alasan
kalau aku boleh, masakan...
penghargaan kebiasaannya dijeling
jijik agaknya, walau disaring
semuanya dalam diam
aku takkan meletupkan tenteram
segalanya terpulang
takkan ditangkap, takkan dilayang
aku ikhlas menghulur tangan
digigit kejam itu balasan
naif - aku mengaku
tapi tak pernah sehina diri mu
junjung elok dalam talam
alas sutera mewah berjurai
lembut tangan melambai
dihidang harapan palsu
dibalas penantian sarat ragu
jangan mengusul mahu bersua
andai niat tak seikhlas mana
semuanya dalam diam
mujur ku tak berdendam
ya - melawan kebiasaan
walhal itu santapan harian
cetus bertubi-tubi
tumpah darah hingga ke kaki
enak - itu benar
membiar tuduh membangkit samar
semuanya dalam diam
berbaur halal haram
kerap itu bukan nyata
sekali-sekala itu jawabnya
sibuk bukan alasan
kalau aku boleh, masakan...
penghargaan kebiasaannya dijeling
jijik agaknya, walau disaring
semuanya dalam diam
aku takkan meletupkan tenteram
segalanya terpulang
takkan ditangkap, takkan dilayang
aku ikhlas menghulur tangan
digigit kejam itu balasan
naif - aku mengaku
tapi tak pernah sehina diri mu